Hikmah sakit

Senin, 23 Desember 2019, 25 Robiul akhir 1441 H

🌺HIGMAH SAKIT PENGHAPUS DOSA🌹
πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™
Bismillahirrahmanirrahim
πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ
Assalamualaikum
Warahmatulahi
Wabarrakaatuh
🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡
SETIAP manusia pasti akan merasai sakit.
Sakit adalah ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya tidak kira bangsa, jantina, usia, pangkat dan kekayaan.
✍
Sakit adalah musibah yang menimpa seseorang mukmin dan mengandungi hikmah kerahmatan kepada hamba-hamba-Nya. Allah akan memberikan ujian dan musibah kerana tahu bahawa hamba-Nya seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi setiap cubaan.
✍
Setiap mukmin berbeza ujian dan cubaan yang diberikan kepadanya. Allah mengetahui setiap kekuatan dan kelemahan hamba-Nya yang mampu bersabar dan menghadapi segala ujian
Semua mukmin yang diberikan ujian hendaklah reda dan bersabar kerana sakit itu penghapus dosa. Apabila kita sakit, Allah SWT akan menarik empat nikmat yang diberikan.
✍
Antaranya ialah segala yang kuat akan menjadi lemah, nikmat untuk merasai rasa enak makanan menjadi tawar, kegembiraan yang terpancar di wajah akan menjadi pucat lesi dan yang terakhir adalah dosa-dasa tertentu akan diampunkan Allah SWT.
Hikmah sesuatu penyakit amatlah besar. Apabila kita sebagai hamba diuji dengan sesuatu penyakit, hendaklah kita berusaha untuk berubat dan setelah itu kita haruslah bersabar dan reda dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup.
✍
Statistik menunjukkan ramai Muslim sekarang yang apabila sakit, diri sendiri mengalah dengan ujian itu sehingga ada yang sanggup membunuh diri
Zaman sekarang ibarat sudah tidak ada lagi agama dalam diri mereka. Mungkin mereka tidak bergantung sebaiknya dengan Allah sehingga sanggup untuk melakukan perkara yang dilarang apatah lagi haram dalam Islam.
✍
Oleh itu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita perlulah mendalami agama itu sendiri, bukan dengan hanya nama yang diberikan bahkan perlunya mempelajari Islam dengan lebih mendalam
Justeru itu, kita sebagai hamba-Nya haruslah senantiasa bersangka baik walau dalam apa jua keadaan. Janganlah kita sebagai manusia merasakan sakit itu adalah sesuatu malapetaka kerana kita harus percaya bahawa setiap yang berlaku ke atas diri terselit hikmah besar yang kita sendiri tidak ketahui
Subhanallah
Aamiin yaa Rabbal Aalamiin

Diterbitkan oleh Ustadz Yachya Yusliha

Hidup harus lebih baik

Tinggalkan komentar

Rancang situs seperti ini dengan WordPress.com
Mulai